Thursday, 28 July 2016

Assalamualaikum, Alhamdulillah malam ni ada lagi kesempatan untuk mengarang ayat-ayat cinta di blog ini. Hee... malam ni kita nak share sedikit hasil tangan adik kita untuk Busana Traditional Melayu Lelaki.

Kalau kita lihat lelaki lah paling mendapat perhatian jika mengenakan busana traditional ini. Kenapa  ye agak-agaknya? Ha... tentunya bila sang jejaka memakai tanjak atau destar pastinya menjadi tarikan kepada siapa yang berada disekelilingnya. Orang pastinya akan berkata seperti Hang Tuah, Hang Jebat, pendekar dulu-dulu dan sebagainya.

Tanjak atau destar yang dipakai mempunyai maksud bagi setiap ikatan atau solekan yang dugubal oleh pengarang. Pemikiran masyarakat dahulu amatlah bijak. Dalam pemakaian juga dapat diselitkan maksud yang tersurat dan tersirat agar menjadi ingatan bagi si pemakai. Jika kita mempunyai jiwa terhadap busana Melayu dahulu kala, pastinya kita dapat menghayati maksud yang cuba disampaikan masyarakat dahulu.

Kebiasaan bagi lelaki mereka akan mengenakan Baju layang, baju anak, seluar, dan samping dalam pemakaian busana melayu dan diserikan dengan aksesori seperti pending dan keris. Material seperti songket kebiasaannya dipakai oleh Sultan atau Raja, kerabat dan pembesar. Manakala rakyat biasa kebiasaannya mengunakan material seperti kain kapas.

Dibawah ini adalah harga bagi sesiapa yang ingin menempah dengan kita. Harga boleh dirunding jika berminat. Kita sedia membantu bagi mencapat hajat tuan-tuan yang ingin berbusana.


SET KELANA (RM150-satu set)
- Baju Teluk Belanga - RM 65.00 (belian baju sahaja)
- Seluar Acheh - RM 90.00 (belian seluar sahaja)




SET PUJANGGA MELAYU (RM 240- satu set)
- Baju Layang - RM70 (belian baju sahaja)
- Baju Anak - RM65 (belian baju sahaja)
- Seluar -RM80 (belian seluar sahaja)
- Bengkung - RM 25 (belian bengkung sahaja)/kain cotton





SET BUSANA SONGKET (RM350 satu set)
- Baju Layang - RM 130 (belian baju sahaja)
- Seluar -RM 150 (belian seluar sahaja)
- Bengkung - RM 30 (belian bengkung sahaja)/kain songket
- Baju Anak - RM 65




Harga Tanjak dari Rm 60-RM 90
Harga Samping dari Rm 60 -RM 80

HARGA BAGI ANAK LELAKI

1) 5 TAHUN KEBAWAH (TAK TERMASUK SAMPING DAN TANJAK)
- Set Songket - RM 200
- Set Biasa-  RM 150

2) 6 TAHUN - 12 TAHUN (TAK TERMASUK SAMPING DAN TANJAK)
- SET BIASA - RM 180
- SET SONGKET -RM 260

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kita 018-4607965 atau pm kita di facebook Aisyah Ratna Seri Dewi. InsyaAllah Amin.

Wednesday, 27 July 2016

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur diberi kesempatan untuk menulis lagi dalam blog ini. Dengan semangat yang ada kita cuba untuk mengisi masa yang ada dengan sebaiknya untuk berkongsi serba sedikit tentang diri, perjalanan hidup dan Busana.

Kita sebenarnya dah lama sangat terniat untuk mempunyai sebuah syarikat atau butik yang menjual busana tradisi Melayu. Sebelum kita mengenali Ladang Alam Warisan lagi kita sudah terdetik sedemikian. Sebelum kita mengenali apa itu Alam Melayu dan mengenali sahabat-sahabat yang memperjuangkan Melayu itu sendiri.

Kita bersyukur diatas takdir yang Allah tetapkan untuk kita sepanjang kita masih bernafas ini. Kita bertemu dengan Tuan Bendahara pengasas Ladang Alam Warisan. Sejujurnya hati kita sentiasa ada disana. Walaupun kita sudah tidak sentiasa bersama LAW.

Disana, kita dapat mengenali apa itu Melayu dan apa itu kehidupan Melayu sebenarnya. Sebenarnya, dalam hati kita mempunyai jiwa Melayu yang kuat. Dari awal lagi. Mungkin turunan dari ayah dan ibu yang kuat jiwa Melayunya.

Dari bangsa, kita mengenal agama. Tentunya Islam. Kita tak dapat nak mengupas hal ini. Yang pastinya kita bersyukur atas ilmu yang sedikit kita terima. Kita dapat mengenali bahawa IlmuNya sangat luas. Tentunya. Banyak yang perlu kita dalami dan halusi lagi. InsyaAllah.

Mengenal bangsa, kita akan dapat mengenal Budaya. Ia budaya. Ini yang kita cuba bawakan. InsyaAllah. Dari pakaian kita mengenal budaya. Indah sebenarnya budaya orang Melayu ini. Namun sayang, kita dah ditelan arus pemodenan. Jadinya hilang identiti budaya kita. Tidak boleh disalahkan anak muda kini. Harusnya orang tua memainkan peranan. Kita juga masih lemah. Lemah dengan perwatakan kita yang buat kita kadang kala rasa hilang peradaban. Namun kita cuba untuk perbaiki.

Sesudah budaya, kita dapat menjiwai bahasa. Jujur kita boleh juga berpantun dan berpuisi. Namun kita hanya boleh dalam penulisan. Secara lisan kita tiada keyakinan. Tapi, ianya sedikit sebanyak membentuk perwatakan kita bila berhadapan dengan siapapun. Kita suka bila dapat berbahasa seperti dahulu kala. Indahkan.

Kini, kita cuba untuk berada dibidang Busana Melayu Traditional. Kita minat. Kita suka. Bukan mudah. Kita perlu ada ilmu yang sebenarnya. Perlu mengkaji. perlu banyak bahan. Agar kita tak tersalah kata. Tidak tersalah dalam menyampaikan ilmunya.

Kita tidak mahu bersaing. Cukaplah ianya dapat memuaskan hati yang minat ini sejak dahulu lagi. Kita cuba berikan yang terbaik dalam apa pun yang kita lakukan. InsyaAllah.

Seterusnya nanti, kita akan kongsikan hasil jahitan dan tempahan sahabat yang pernah menempah dengan kita. Kita juga akan kongsikan harga untuk rujukan sahabat yang ingin menempah dengan kita.

Sampai ketemu lagi. Wasalam.

Saturday, 25 June 2016

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur diatas rahmat Allah S.W.T diatas kurnianya terhadap kita semua. InsyaAllah amin. Bulan Ramadhan, bulan kemuliaan penuh keberkatan. InsyaAllah bermulanya blog Aisyah Ratna Seri Dewi.

Buat masa ini kita guna nama ini dahulu la ye. Kita nak kongsi banyak benda dalam ini daripada perjalanan hidup sehingga perniagaan yang kita minat sangat iaitu Busana Traditional Melayu. InsyaAllah kita akan share gambar-gambar hasil jahitan adik kita alin Tajuddin.

Kita nak mula serius dengan perniagaan ini setelah kita rasa perniagaan ini adalah peluang yang bagus untuk kita disamping kita berkongsi minat kita dengan semua. Diharapnya kita dapat mengembalikan zaman kegemilangan Melayu lama.

Betapa gahnya Melayu dahulu kala yang banyak kita tak tahu dan kita akan berkongsi disini. Ramai diluar sana yang masih tak mengerti kenapa kita selalu suka nak ketengahkan busana Melayu dan Melayu itu sendiri. Tentunya antara Islam dan Melayu, Islam lebih utama.

Kita akan kupas hal itu kemudian. Sesungguhnya kita manusia serba kekurangan dan sering melakukan kesilapan. Kita juga dalam proses belajar dan belajar. InsyaAllah kita akan sama-sama perbaiki diri mengenali ilmu. Kita kurang minat membaca tapi InsyaAllah kita cuba hadam semua ilmu yang ada.


Baiklah, kita nak undur diri dulu ye.
Sesungguhnya sebagai manusia kita sayang kamu semua. InsyaAllah. Amin.

Yang selalu tersilap, membuat silap.
Aisyah Ratna Seri Dewi.